Taklimat SKIM Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) Usahawan PEDi

14 Disember 2021 | Aktiviti Terkini

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menganjurkan sesi Taklimat Skim Pendaftaran Perniagaan Prihatin (SPPP) di bawah Program Permerkasaan Pendigitalan Usahawan Kecil (PUPUK) khas untuk pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) sepenuh masa dan usahawan dari Kumpulan B40 di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Jerlun pada 13 Disember 2021 (Isnin) selama 2 jam.

Taklimat ini dibuat secara maya kepada para usahawan, bakal usahawan dan individu yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan kecil mahupun besar

Taklimat ini bertujuan memperkenalkan SPPP kepada golongan sasaran iaitu usahawan B40 dan pelajar IPT sepenuh masa serta menunjukkan kaedah dan cara bagaimana untuk mendaftar perniagaan secara atas talian dengan mudah dan pantas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali