Advokasi KDB - Tidak Pasti Jangan Kongsi
19 November 2021 | Aktiviti TerkiniPada 18 November 2021 telah diadakan taklimat advokasi KDB yang bertajuk ‘Tidak Pasti Jangan Kongsi’ melalui aplikasi Zoom Meeting. Taklimat ini disampaikan secara atas talian dengan kerjasama Pusat Internet Komuniti Bukit Besar serta Pusat Internet Komuniti Kg Padang Wahid.
Tujuan advokasi ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat supaya lebih berwaspada terhadap penggunaan gadget ketika menyebarkan sesuatu berita yang tidak pasti kesahihannya. Masyarakat perlulah menyemak kesahihan sesuatu berita terlebih dahulu sebelum berkongsi di media sosial masing-masing.
Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) merupakan sebuah program yang membudayakan penggunaan internet secara positif yang berteraskan 3 aspek iaitu Keselamatan, Kewaspadaan dan Tanggungjawab bagi membendung masalah penyalahgunaan internet.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: