Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi Siri IV (Modul Kedua) Business Model Canvas

4 April 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 2 dan 3 April yang lalu telah diadakan Program Pembangunan Usahawan Berprestasi Tinggi fasa 4 (modul kedua) bagi seluruh Pusat Internet Komuniti Kedah dan Selangor di bawah seliaan Nera Infocom Sdn Bhd. Bengkel Business Model Canvas (BMC) telah diadakan secara dalam talian menggunakan Googlemeet. Bengkel tersebut telah berlangsung dari pukul 9.00 pagi sehingga 4.30 petang.

Bengkel Model Canvas ini mendedahkan kaedah memulakan perniagaan dari awal sehinggalah cara untuk mengekalkannya. Program ini dikendalikan bersama pihak UMK. Melalui program ini, peserta mempelajari tentang Pengenalan BMC, Elemen-elemen BMC, Idea perniagaan, Pembangunan BMC dan Penggunaan Template BMC.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali