Pendaftaran MySejahtera Untuk Premis Perniagaan

18 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Mei 2021 telah diadakan kelas individu bagi Pendaftaran MySejahtera untuk Premis Perniagaan di Pusat Internet Komuniti Jerlun.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada usahawan atau peniaga kepentingan pendaftaran MySejahtera di premis perniagaan mereka walaupun perniagaan dijalankan dirumah.

Peserta di ajar cara untuk membuat pendaftaran seterusnya mengisi maklumat perniagaan dan menghantar permohonan. Setelah berjaya membuat pendaftaran, petugas PIK menerangkan cara penggunaan dan cara untuk memeriksa maklumat pelanggan yang datang ke premis.

Semoga kelas seperti ini dapat membantu usahawan dan peniaga menjalankan perniagaan mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali