Program Advokasi KafeTeen Oleh LPPKN
20 September 2021 | Aktiviti TerkiniProgram advokasi KafeTeen telah berlangsung pada 19 September 2021 secara atas talian yang membincangkan tentang topik yang bertajuk ‘Tingkah Laku Kesihatan Mulut, Penggunaan Tembakau / Vape dan Seks Oral’.
Program ini melibatkan golongan remaja yang berusia di antara 13 tahun sehingga 24 tahun di mana golongan ini amat sesuai untuk pendedahan gaya hidup sihat dan positif terutama dalam aspek reproduktif.
Program adalah selaras dengan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI). Ia juga merupakan program kolaborasi di antara KafeTeen, LPPKN Kedah dan Pusat Internet Komuniti Jerlun anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: