Taklimat Pemasaran Digital
13 September 2021 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2021 (Ahad) telah diadakan Program Keusahawanan yang melibatkan 5 buah Pusat Internet Komuniti daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.
Program ini membincangkan tentang beberapa topik iaitu Akta Perlindungan Data Peribadi, Business Model Canvas, Pemasaran Digital, Teknik Pengiklanan Produk dan Pengenalan Kepada Shopee. Peserta diberi penerangan serba sedikit tentang pemasaran online terutamanya melalui platform Shopee.
Sesi taklimat ini berlangsung selama 6 jam bermula jam 10.00 pagi sehingga 4.00 petang melalui aplikasi Google Meet.
Dengan adanya program seperti ini akan dapat menarik minat peserta untuk menguasai platform digital bagi tujuan memperluaskan perniagaan mereka selaras dengan ekonomi digital negara.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: