Kelas Pendaftaran Perniagaan secara Online

20 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Februari 2021 seramai TIGA (3) peserta yang merupakan usahawan tempatan telah mengikuti Kelas Pendaftaran Perniagaan secara atas talian yang telah dilakukan di Pusat Internet Komuniti Jerlun. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada peserta mengenai keusahawanan dan proses membuat pendaftaran secara atas talian melalui pautan https://ezbiz.ssm.com.my/.

Setelah pendaftaran berjaya dilakukan, peserta perlu melengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru yang dikenali juga sebagai Borang A. Peserta juga mempelajari cara membuat pembayaran menggunakan perbankan online bagi tujuan bayaran yuran pendaftaran yang telah ditetapkan oleh pihak SSM. Semoga kelas seperti ini dapat membantu bakal-bakal usahawan yang belum membuat pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali