Klinik SPM bersama Maxis eKelas

7 Februari 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Februari 2021 (Sabtu) telah diadakan Klinik SPM bersama Maxis eKelas secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Tujuan klinik SPM diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM untuk membuat persediaan dalam menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2020.

Terdapat beberapa subjek yang dibincangkan seperti Matematik dan Sains mengikut sesi jadual yang telah disediakan. Aktiviti ini dijalankan bermula jam 9.00 pagi dan berakhir jam 6.00 petang. Melalui klinik ini juga guru-guru telah menyampaikan tips menjawab soalan dan beberapa nota juga disediakan dalam menghadapi peperiksaan SPM.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali