Kelas Mengisi Permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Secara Atas Talian
20 Januari 2021 | Aktiviti TerkiniPusat Internet Komuniti Jerlun telah mengadakan kelas tunjuk ajar bagi mengisi permohonan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) secara atas talian samada peserta yang ingin membuat permohonan baru atau peserta yang perlu membuat kemaskini permohonan. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memudahkan peserta mengemaskini sistem Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) bagi tahun 2021 melalui pautan yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengisi segala maklumat yang diminta seperti di lampiran. Kelas ini dijalankan secara individu bagi memudahkan proses tunjuk ajar dilakukan ke atas peserta. Peserta juga diberikan perkhidmatan internet yang laju dan tempat yang selesa sepanjang proses kelas dijalankan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: