Aktiviti Secara Atas Talian Sepanjang PKP 3.0

2 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Bermulanya PKP 3.0 seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kita pada 29 Mei 2021 yang lalu, Pusat Internet Komuniti Jerlun telah menjalankan pelbagai aktiviti secara atas talian seperti tutorial ICT, demonstrasi digital, quiz ICT dan sebagainya di mana ia mampu memberikan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada komuniti terutamanya pelajar-pelajar sekolah. Semua aktiviti ini dijalankan melalui Facebook rasmi Pusat Internet Komuniti Jerlun.

Antara aktiviti tersebut termasuklah tutorial cara mendaftar kod QR menggunakan aplikasi MySejahtera, quiz Akta Perlindungan Data Peribadi, quiz ICT, tutorial penggunaan formula dalam Ms Excel, tutorial cara mencetak Waybill di Shopee, quiz Klik Dengan Bijak (KDB), tutorial cara menghasilkan carta menggunakan Ms Excel, tutorial cara pendaftaran perbankan online bagi pengguna Bank Islam, quiz pengetahuan am dan pelbagai aktiviti lagi. Tujuan aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengurangkan aktiviti secara bersua muka di mana ia boleh mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Pelajar-pelajar akan lebih terhibur dan tertarik apabila paparan markah tertera dengan aktiviti atas talian seperti Quiz, Kahoot, Teka Silang Kata dan sebagainya.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali