Program Perkhidmatan Mobile Team KWSP

8 Ogos 2022 | Aktiviti Terkini

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Jerlun telah bekerjasama dengan pihak KWSP Mobile Team dengan mengadakan program perkhidmatan KWSP bermula pada jam 10.00 pagi sehingga jam 2.00 petang di mana KWSP telah membuka perkhidmatan kaunter di sini.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mendekati pelanggan yang berada jauh atau sukar untuk ke pejabat urusan disebabkan oleh kesibukan tugas masing-masing.

Antara perkhidmatan yang ditawarkan oleh KWSP Mobile Team adalah seperti berikut:
1. Pendaftaran i-akaun
2. Pendaftaran Penamaan
3. Percetakan Penyata Tahunan
4. Semakan Rekod Penamaan
5. Khidmat Nasihat berkaitan i-Sara / i-Suri
6. Pendaftaran Simpanan Syariah

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali