Kelas Resume Menggunakan Canva

11 April 2022 | Aktiviti Terkini

Kelas ini diadakan pada 10 April 2022 (Ahad) bermula jam 2.00 petang sehingga tamat jam 4.00 petang. Kelas ini dijalankan di PEDi Jerlun dan dihadiri oleh seorang peserta lepasan SPM.

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan peserta dalam menggunakan aplikasi Canva terutamanya bagi menghasilkan resume yang kemas dan teratur. Dalam sesi pembelajaran ini, peserta dapat mengenali apa itu aplikasi Canva dengan lebih mendalam.

Setelah mempelajari asas penggunaan aplikasi ini, peserta dapat menggunakannya dalam pelbagai tujuan dan kaedah. Setelah tamat kelas, peserta mampu menghasilkan resume menggunakan aplikasi Canva dengan mudah dan lebih menarik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali