Latihan Menggunakan Perbankan Online

2 September 2022 | Aktiviti Terkini

PEDi Jerlun telah mengadakan latihan menggunakan portal perbankan online iaitu maybank2u.com kepada seorang peserta pada 1 September 2022 yang lalu. PEDi Jerlun bukan sahaja menyediakan kemudahan internet secara kolektif kepada komuniti namun turut menyediakan latihan ICT dan keusahawanan kepada mereka yang memerlukan tunjuk ajar.

Melalui kelas latihan ICT ini peserta mempelajari cara untuk login ke portal maybank2u.com seterusnya cara untuk setting jumlah maksimum pindahan wang bagi tujuan pindahan wang yang banyak serta memudahkan urusan harian dan urusan bersama persatuan.

Peserta yang hadir diberi tunjuk ajar secara terperinci tentang semua aspek perbankan internet agar mereka lebih faham sekaligus menjimatkan masa dalam berurusan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali