Kelas Pendaftaran Shopee Seller

24 Mac 2022 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Mac 2022, Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Jerlun telah mengadakan kelas kepada peserta yang ingin memulakan perniagaan secara e-dagang. Peserta diberikan pendedahan berkaitan dengan platform Shopee.

Pertama sekali, peserta diajar membuka akaun Shopee terlebih dahulu sebelum menggunakan Shopee Seller Centre. Kemudian peserta diajar cara memuatnaik gambar dan perincian berkaitan produk jualan. Peserta ini telah menyediakan gambar dan maklumat produk sebelum menyertai kelas ini. Produk peserta ini merupakan telekung dan produk kecantikan.

Beliau bercadang menjual di Shopee sebagai satu langkah untuk mengembangkan lagi perniagaannya. Kelas ini berjalan selama 1 jam bermula 4.00 petang sehingga tamat jam 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

Kembali Ke Atas

kembali