Program KDB Bersama UUM
3 Ogos 2022 | Aktiviti TerkiniProgram KDB yang telah dijalankan di EDC Hotel UUM pada 2 Ogos 2022 lalu bertujuan untuk memberi maklumat dan pendedahan kepada pengunjung berkenaan kempen yang dilancarkan oleh MCMC iaitu Klik Dengan Bijak, Tidak Pasti Jangan Kongsi, Check Your Label, e-Waste dan pelbagai lagi.
Antara aktiviti utama yang dijalankan adalah Booth KDB yang bertujuan supaya pengunjung mendapat maklumat dan pengetahuan tentang KDB serta fungsi Pusat Ekonomi Digital (PEDi). Di samping itu pengunjung dapat memahami kelebihan e-waste dan kepentingan cara pelupusan barang elektronik dengan betul.
Program seperti ini juga memberi pendedahan kepada pelajar UUM tentang kepentingan tahap literasi digital masyarakat setempat supaya ICT dapat dimanfaatkan pada tahap optimum.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: