Sambutan Hari Raya Bersama Ahli PI Jerlun
26 Julai 2015 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu 25 Julai 2015 (9 Syawal 1436H), Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersama Ahli PI bersempena bulan Syawal. Sambutan ini diadadakan di perkarangan PI Jerlun. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Lubok Pinang serta pelajar SOLS 24/7 Jerlun. Tujuan majlis ini diadakan adalah menggalakkan penyertaan penduduk terhadap program yang dianjurkan oleh komuniti dan PI Jerlun disamping memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini. Semasa program ini berlansung pihak PI Jerlun juga menawarkan penyertaan keahlian secara percuma.
Jamuan makan pada hari tersebut bermula pada pukul 11.00 pagi, yang mana disebelah pagi staf PI Jerlun bersama sebahagian ahli PI saling membantu menyediakan hidangan dan juga kelengkapan lain untuk dihidangkan pada majlis tersebut. Sebelum upacara bermula pihak PI telah menyediakan satu tempat khas bertujuan untuk memudahkan pengunjung yang mahu mendaftar keahlian secara percuma . Penduduk kampung berdekatan dan juga pihak SOLS 24/7 Jerlun turut hadir memeriahkan suasana. Semasa program berlangsung, pengunjung diselitkan dengan taklimat Klik Dengan BIjak dan dendangan lagu-lagu raya yang pastinya memeriahkan lg suasana. Acara sambutan selesai kira-kira pukol 3.00 petang yang mana sebahagian ahli PI dan juga staff PI bergotong royong membersihkan kawasan sekitar PI dan membuang sampah sarap yang ada. Alhamdulillah acara pada hari tersebut berjalan dengan lancar walaupun dilakukan secara sederhana.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan dan memeriahkan sambutan hari raya di PI Jerlun. Keseluruhannya, program ini adalah Berjaya dengan bilangan pengunjung yang melebihi jangkaan dan dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: