Kelas Keusahawanan – Asas Make Up Melalui Youtube
18 Oktober 2015 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu 17 Oktober 2015 (04 Muharram 1437H), Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun telah mengadakan satu kelas keusahawanan iaitu asas make up berpandukan Youtube. Kelas asas make up ini telah diajar oleh Pengurus PI Jerlun iaitu Nor Farah Hana Bt Aman Khan dan diadakan di dalam bilik latihan di PI Jerlun. Peserta yang terlibat dalam kelas ini adalah dari penduduk setempat yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam mengenai asas Make Up melalui Youtube ini. Tujuan kelas ini diadakan ialah memberi pendedahan kepada peserta mengenai cara mengenakan solekan yang betol disamping dapat memupuk keyakinan diri dan juga memupuk semangat keusahawanan setelah melihat potensi yang ada dalam diri masing-masing. Kelas juga diadakan di dalam bilik yang tertutup bagi memelihara sensitiviti dan juga batas pandangan kaum wanita daripada pihak lelaki.
Kelas ini bermula pada pukul 10.00 pagi. Kelas yang diadakan sangat menarik perhatian para peserta yang terlibat. Rata-rata peserta sangat teruja dengan kelas yang diadakan kerana didedahkan dengan ilmu penggunaan internet menggunakan Youtube yang mana banyak sumber dapat diperolehi. Kelas keusahawanan ini tamat pada pukul 1.00 petang.
Secara keseluruhannya kelas yang diadakan ini sangat berjaya kerana dapat menarik minat pelbagai peringkat umur untuk sama-sama memanfaatkan penggunaan Internet untuk mendidik menjadi bakal usahawan yang berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: