Hari Terbuka PI Jerlun sempena Sambutan Hari Raya Komuniti Lubok Pinang
31 Julai 2016 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu 30 Julai 2016 (25 Syawal 1437H), JKKK Kg Lubok Pinang dengan kerjasama KOSPEN Kubang Pasu dan Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun telah mengadakan Sambutan Hari Raya bersempena bulan Syawal. Sambutan ini diadadakan di perkarangan rumah JKKK Kg Lubok Pinang. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Lubok Pinang serta ahli PI Jerlun. Tujuan majlis ini diadakan adalah menggalakkan penyertaan penduduk terhadap program yang dianjurkan oleh komuniti dan PI Jerlun disamping memberi pendedahan kepada penduduk mengenai kepentingan hubungan kekeluargaan yang terjalin menerusi program ini. Semasa program ini berlansung pihak PI Jerlun juga menawarkan penyertaan keahlian secara percuma.
Jamuan makan pada hari tersebut bermula pada pukul 11.00 pagi, yang mana disebelah pagi pelbagai aktiviti dijalankan seperti Taklimat dan kuiz KDB, Pertandingan Mewarna Digital dan E-waste. Manakala di perkarangan rumah JKKK di adakan Pertandingan Baju Raya Tercantik ,Kerusi Muzik dan juga Pemeriksaan percuma oleh KOSPEN Daerah Kubang Pasu . Majlis di serikan lagi dengan Kedatangan Ahli Parlimen Jerlun YB Dato’ Othman Bin Haji Aziz dan ADUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sharif. Acara sambutan selesai kira-kira pukul 5.00 petang.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan dan memeriahkan sambutan hari raya Komuniti Lubok Pinang. Keseluruhannya, program ini adalah berjaya dengan bilangan pengunjung yang melebihi jangkaan dan dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: