Sambutan Merdeka Dan Hari Malaysia
13 September 2015 | Aktiviti Terkini
Pada Sabtu 12 September 2015 (28 Zulkaedah 1436H), Pusat Internet 1 Malaysia Jerlun dengan kerjasama SOLS 24/7 Jerlun telah mengadakan Sambutan Merdeka dan Hari Malaysia. Pertandingan ini diadadakan di perkarangan PI Jerlun. Majlis ini disertai oleh komuniti Kampung Lubok Pinang serta pelajar SOLS 24/7 Jerlun. Tujuan majlis ini diadakan adalah untuk memupuk semangat partiotik di kalangan komuniti setempat disamping dapat mengenali masakan-masakan dari pelbagai bangsa di Malaysia.
Pertandingan memasak ini telah disertai oleh pelbagai bangsa yang diwakili oleh pihak masing-masing. Hidangan yang akan dihidangkan semasa pertandingan ini ialah bubur jagung, ayam goreng celup tepung, mee goreng vegetarian serta masakan dari portugis iaitu migas yang telah disediakan oleh Anto'nio Oliviera. Pertandingan memasak ini bermula pada pukul 9.00 pagi yang mana pada hari tersebut pihak PI Jerlun telah menawarkan keahlian secara percuma dan seterusnya telah diadakan taklimat pengenalan PI dan sesi KDB dengan tayangan video yang telah disediakan. Pertandingan memasak bermula pada pukul 10.00 pagi yang diwakili oleh pihak masing-masing. Acara memasak berlansung di sekitar PI. Acara memasak tamat pada pukul 12.00 tengah hari dan sesi penyampaian hadiah berlansung beserta dengan jamuan makan masakan yang telah dipertandingkan. Acara tamat pada pukul 1.30 petang dan bersurai.
Ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan dan memeriahkan sambutan Merdeka dan Hari Malaysia di PI Jerlun ini. Keseluruhannya, program ini adalah berjaya dengan bilangan pengunjung yang melebihi jangkaan dan dari pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: